31 Disember 2007
TAHUN BARU 2008
Staff Pusat Kegiatan Guru Tangkak, Johor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 kepada semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi guru-guru yang ditempatkan di pedalaman, jangan rasa kecewa. Jadikan dia perjalanan dan amanah yang menyeronokkan. Itulah petua saya semasa mengajar di SRK Betanak, Daro, Sarawak yang terletak di Pulau Beruit pada tahun 1988 hingga 1992.
PKG Johor guna 'punch-card'
Mulai 1 Januari 2008, semua Pusat Kegiatan Guru Negeri Johor menggunakan 'punch-card' bagi merakamkan kehadiran pegawai-pegawai dan kakitangannya.
09 Disember 2007
E-NILAM VERSI WEB TERIMA ANUGERAH KUALITI

E-Nilam versi web Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor menerima Anugerah Kualiti dari Jabatan Pelajaran Johor. Anugerah tersebut akan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Tuan Hj Mokhy bin Saidon di dalam Majlis Anugerah Kualiti Jabatan Pelajaran Johor pada 12 Disember, 2007 di Jabatan Pelajaran Johor.
05 Disember 2007
JAWATANKUASA e-NILAM VERSI WEB
Inilah barisan Jawatankuasa Pembangun e-Nilam Versi WEB, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang menghadiri Mesyuarat Pemurnian e-Nilam Versi WEB di Hotel Pontian, Johor pada 3/12/2007 hingga 6/12/2007.
Dari kiri: Aziz, Rosli, Nazaruddin, Noremy,Asha'ari, Abu Saifuddin, Hasni, Mohd. Najib, Khairul, dan Roslan.)
(Tiada dalam gambar: Hj. Jaaffar, Abd Kader, Samat dan Zamrud)
03 Disember 2007
BENGKEL e-NILAM JOHOR
Bengkel ini akan diadakan pada 12 hingga 15 November, 2007 di Hotel Pontian, Johor.
Seramai 50 peserta akan menghadiri bengkel ini terdiri dari Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29, Pusat Kegiatan Guru seluruh negeri Johor.
Tujuan diadakan bengkel tersebut adalah untuk mengemaskini sistem data e-Nilam 2007 yang telah dikumpulkan oleh PKG dari sekolah ahli masing-masing untuk dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

BENGKEL e-NILAM versi web
Langgan:
Catatan (Atom)
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PKG TANGKAK
Kami mengalu-alukan kesudian tuan melayari laman blog ini.